Sunday, December 26, 2010

Abaya dan Shayla Maratussolehah




Jika anda berminat menggayakan abaya dan shayla (selendang arab) yang sedondon,
kami manawarkan discount menarik buat para pelanggan.



Shayla adalah nama panggilan kepada selendang yang dipakai bersama abaya
Bergantung pada teknik lilitan & panjang shayla tersebut,
anda akan dapat memakai tudung ini dengan menutupi bahagian dada.

Ukuran shayla kami: 27" (68cm) lebar x 76" (193cm) panjang
Kain dari crepe saudi juga (bukan chiffon, tetapi kain yang sama dibuat abaya).
Jadi tak jarang & tak perlu extra inner.



Penerangan cara memakai shayla:

1- Letakkan shayla diatas kepala. Sebelah kiri lebih pendek dari sebelah kanan. Bahagian yang pendek ini perlu disesuaikan untuk mendapatkan labuh yang anda ingini dibahagian depan Pinkan dibawah dagu

2- Ambil bahagian yg pendek (sebelah kiri) dan pinkan dibahu sebelah kanan

3- Menunjukkan hujung shayla yang pendek dipinkan di bahu sebelah kanan

4- Ambil hujung selendang yang panjang & lilitkan atas kepala

5- Kemaskan lilitan & pinkan selendang panjang tadi sekaligus dibawah dagu supaya cantik terletak dibahu kanan

6- Anda boleh kemaskan bahagian atas kepala bergantung pada citarasa masing-masing.



Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan shayla Maratussolehah di

http://purdah-niqab.blogspot.com/